Photobucket

Saturday, October 6, 2012

ASPer Batch 8 2012/2013

Assalamualaikum dan salam satu asasi :)



Salam perkenalan buat semua warga asasi. Maaf, lewat sikit update blog asasi ni. InsyaAllah selepas ni, blog asasi akan lebih aktif :)

Mari bercerita sikit tentang permulaan asasi kita tahun ni. Pendaftaran asasi ni ialah pada 17 Mei 2012. Wah, nampaknya dah 5 bulan kita di upm. Banyak kenangan semasa semester 1. Ingat lagi kena hafal lagu upm dan cheer batch waktu orientasi. Wah hebat! Amali pertanian sem 1 pun best. Jumpa lembu, kambing dan ada juga yang pergi Hutan Simpan Puchong. Pagi dan petang pergi kuliah dan malam pula gagahkan diri untuk test 1 dan test 2. Lepas berbuka puasa asasi tu pun terus ada test malam. Tup tup dah final exam. Lepas last paper Maths, terus naik bas pergi War Games. Tak kisah lah kita pergi Perak atau Melaka, yang penting dua-dua ada kelebihan masing-masing.


Baiklah, sekarang dah hampir 3 minggu masuk semester kedua. Asperians pun dah tahu pointer masing-masing. Bagi yang dapat 4 flat tu, tahniah. Good job (Y). Bagi yang lain, cuba lagi :) Kita ada dua sem lagi. Minggu depan pun test 1 nak mula dah. Good luck buat asperians. Buat yang terbaik ye.

Di sini juga diperkenalkan high committee ataupun hi-com asper batch 8.


Setakat ini saja post kali ini. Kita jumpa lagi dalam post seterusnya :) ASPER!

No comments: