Photobucket

Tuesday, June 15, 2010

Bersua Kembali + ASASI SAINS PERTANIAN.....?

Assalamualaikum buat semua warga Asasi Sains Pertanian (ASPer) dan kawan2 yang akan menjadi pelajar+warga baharu ASPer....lebih kurang sebulan lagi kawan2 baru kita akan berpusu-pusu ke UPM untuk mendaftar sebagai pelajar baharu Asasi Sains Pertanian sesi 2010/11


Apalah aktiviti yang dibuat oleh kawan2 kita time cuti semester ke2 nie ep...? ade yang bekerja...ada yang melancong.....dan tak kurang juga yang berehat2 kat umah + tenangkan fikiran sebelum semester tiga bermula...sambil menunggu bile la result sem2 + result muet nak keluar kan....? semoga korang sumue mendapat result yang excellent...
Haa...post kali nie tak nak la fokus banyak sangat kat abang2 dan kakak2 senior...tapi nak fokus pada adik2 junior...almaklumlah,mungkin ramai yang masih tak tahu secara dekat program ASPer...Sama macam abang2 dan kakak2 dulu...dah masuk baru tahu apa itu ASPer....bak kata pepatah TAK KENAL MAKA TAK CINTA,BILE DA KENAL TERLEBIH2 CINTA...HE3
 
Erm,dekat mane abang (he3) nak start nie.....Erm, mungkin ramai antara korang yang masuk ke BLOG nie melalui link kat webpage ASPer kan...?
Bagi pelajar2 asasi nie korang akan menginap di KOLEJ KETIGA BELAS... masuk2 la webpage kolej ketiga belas untuk kenal dengan lebih dekat kolej yang akan korang stay nie....

So,korang yang da bace2 kat capaian pelawat kat webpage ASPer tu sudah mendapat pengetahuan secara asasnya apa itu program ASPer...so tak nak la maklumat dekat situ ditulis balik kat sini...Cuma nak tambah atau highlight balik keistimewaan ASASI SAINS PERTANIAN...

Di antara keistimewaan program ini:
1. Satu-satunya Program Asasi Sains Pertanian yang di tawarkan di Malaysia.
2. Satu-satunya program pra-ijazah yang memberi pengajian asas menjurus kepada pertanian dan agro-bio.
3. 3 semester pengajian yang ditawarkan memberi lebih kefahaman dalam silibus yang dipelajari.
4. Kerja-kerja lapangan pertanian memberi pelajar pendedahan dan asas yang kukuh untuk menyediakan pelajar ke program ijazah agrobio.
5. Pengajian yang berjalan di kampus utama memberi banyak kelebihan terutamanya pendedahan kepada pembelajaran universiti, akses/capaian kepada kemudahan kampus seperti perpustakaan, pusat sukan dan sebagainya
6. Jaminan terus ke 16 program ijazah agrobio di UPM.

Dan mungkin ada yang masih tertanya2…apa subjek or paper yang akan di ambil oleh korang bile masuk asasi ni kan….?

Erm, pelajar2 kat ASPer alkan ambik 6 subjek…Agriculture, Biology, Chemistry, English,
Mathematics dan Physics…setiap semester kita akan ambik 18 kredit….mengikut subjek2 yang telah ditetapkan…

Agriculture
SEM1:
PENGENALAN KEPADA PERTANIAN: TANAMAN, TERNAKAN, AKUAKULTUR DAN PERHUTANAN
SEM2: PENGENALAN KEPADA PERTANIAN: SAINS DAN TEKNOLOGI MAKA
SEM3: PENGENALAN KEPADA PERTANIAN:

Biology
SEM1: KEPELBAGAIAN SEL DAN PENGKELASAN
SEM2: STRUKTUR DAN FUNGSI
SEM3: PERKEMBANGAN DAN GENETIK

Chemistry
SEM1: INORGANIC CHEMISTRY
SEM2:PHYSICAL CHEMISTRY
SEM3:ORGANIC CHEMISTRY

English
SEM1: ACADEMIC ENGLISH I
SEM2: ACADEMIC ENGLISH II
SEM3: ACADEMIC ENGLISH III

Mathematics
SEM1: ALGEBRA
SEM2: CALCULUS
SEM3: STATISTIC

Physics
SEM1: MEKANIK DAN SIFAT JIRIM
SEM2: FIZIK TERMA DAN GELOMBANG
SEM3: KEELEKTRIKAN, KEMAGNETAN DAN FIZIK MODEN

Dan perkara yang best semasa ASPer ialah kerja lapangan bagi subjek pertanian untuk semester
pertama dan semester kedua…kalau kitaorang dulu time semester pertama ada yang buat kerja
lapangan di UNIT FERTIGASI dan ada di UNIT SAYURAN…dan yang bestnye hasil2 pertanian
dapat dimakan dan dibawa balik ke kolej…he3

dan ramai taw abang2 dan kakak2 yang dapat skor dengan cemerlang dalam keputusan mereka
untuk setiap semester pertama dan kedua sesi lepas 2009/10…
erm,setakat nie post kali nie….nanti kita sama2 berjumpa di KOLEJ 13 dan PUSAT ASASI
SAINS PERTANIAN…
Till then, good luck and take care…