Photobucket

Sunday, September 1, 2013

Penghujung Asper 8

Assalamualaikum, salam Asper sekalian.

Secara rasminya, hari terakhir Asper 8 ialah pada 3 Mei 2013. Last paper. Hari pertama Asper 8 ialah 17 Mei 2012. Genap ulang tahun Asper 8 pada 17 Mei 2013 lalu, ramai juga yang sambut di Twitter dan Facebook. Dengar-dengarnya ada juga yang buat doa selamat hahaha.

Sepanjang setahun bersama dalam 15 kumpulan kuliah (sem 3 ada 14 kumpulan), semangat Asper memang kuat. Banyak kenangan manis kami lalui bersama. Sewaktu asasi ini, pelbagai jenis orang dan ragam bertemu tetapi akhirnya masing-masing dapat bersatu.

Tahniah juga diucapkan kepada Program Khidmat Masyarakat ke Kemboja yang pertama kali diadakan oleh Pusat Asasi Sains Pertanian. Orang-orang kuatnya ialah Dr. Jambari, Dr. Misri, Encik Hisyam dan 26 pelajar Asper. Program ini menjadi kebanggaan buat Asper, yeah.


Akhir kata, selamat maju jaya buat Asper 8 yang dah melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah. Majoriti masih di UPM dan ada juga di oversea, IPTS, maktab dan lain-lain.

Selamat berjaya juga buat Asper 9 yang telah tamat sem 1. Selepas ini, Asper 9 pula akan menyambung legasi Asasi Sains Pertanian melalui blog ini. Sekian, jumpa di UPM tegur-tegurlah ya. Assalamualaikum.

P/s : Rindu zaman asasi.