Photobucket

Saturday, October 6, 2012

Asasi War Games 2012

Pada 3 -5 September 2012, pelajar-pelajar ASPer telah menyertai Asasi War Games yang diadakan di dua lokasi yang berlainan. Lokasi pertama ialah di Teratak Riverview, Tanjung Malim, Perak yang dikendalikan oleh Team Tact. Lokasi kedua ialah di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka.

Di sini kami post sekali video-video war games haritu. 

  
Tanjung Malim, Perak



Jasin, Melaka




P/S : Bagi Tanjung, nasi pasir jangan dilupakan dan bagi Jasin, jangan lupakan lumpur dua hari :)

ASPer Batch 8 2012/2013

Assalamualaikum dan salam satu asasi :)



Salam perkenalan buat semua warga asasi. Maaf, lewat sikit update blog asasi ni. InsyaAllah selepas ni, blog asasi akan lebih aktif :)

Mari bercerita sikit tentang permulaan asasi kita tahun ni. Pendaftaran asasi ni ialah pada 17 Mei 2012. Wah, nampaknya dah 5 bulan kita di upm. Banyak kenangan semasa semester 1. Ingat lagi kena hafal lagu upm dan cheer batch waktu orientasi. Wah hebat! Amali pertanian sem 1 pun best. Jumpa lembu, kambing dan ada juga yang pergi Hutan Simpan Puchong. Pagi dan petang pergi kuliah dan malam pula gagahkan diri untuk test 1 dan test 2. Lepas berbuka puasa asasi tu pun terus ada test malam. Tup tup dah final exam. Lepas last paper Maths, terus naik bas pergi War Games. Tak kisah lah kita pergi Perak atau Melaka, yang penting dua-dua ada kelebihan masing-masing.


Baiklah, sekarang dah hampir 3 minggu masuk semester kedua. Asperians pun dah tahu pointer masing-masing. Bagi yang dapat 4 flat tu, tahniah. Good job (Y). Bagi yang lain, cuba lagi :) Kita ada dua sem lagi. Minggu depan pun test 1 nak mula dah. Good luck buat asperians. Buat yang terbaik ye.

Di sini juga diperkenalkan high committee ataupun hi-com asper batch 8.


Setakat ini saja post kali ini. Kita jumpa lagi dalam post seterusnya :) ASPER!

Saturday, June 2, 2012

batch 7 THE END

assalamualaikum wbt dan selamat pagi buat semua.



Batch 7. the End.

semua cerita telah tamat buat kami di zaman asasi. Asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia. memang kalau nak cerita tentang kenangan, banyak sangat yang boleh diceritakan. cerita tentang bercucuk tanam, cerita tentang pergi Unit Ternakan tengok lembu, kambing, rusa la, kuda la. lepas tu pergi petak sawah untuk tanam padi.

semua tu kenangan. kenangan menjadi pelajar Asasi Sains Pertanian. aku berani bet, dekat asasi lain mahupun matrik lain, takde buat benda-benda macam yang kitorang buat. semua aktiviti ladang tu, hanya terdapat dekat asasi UPM je. *gaya nak riak je aku cakap. haha*

yang paling best, ada kuliah yang pergi Shah Alam, ada yang pergi Kuala Kubu Baru, ada yang pergi kilang coklat, Ladang Orkid dan sebagainya untuk buat amali pertanian dekat situ. walaupun membuat cash flow adalah benda yang paling mengantukkan sekali (eh?), tapi semua itu adalah kenangan.

ye la, kenangan buat syarikat sendiri. kenangan buat jenama dan produk sendiri. and again, semua tu hanya terdapat di Asasi Sains Pertanian, UPM sahaja. orang selalu pandang pelik bila dengar perkataan 'Pertanian' ooo, kamon. semua itu hanya nama sahaja. tak bermakna kau belajar di Asasi Sains Pertanian, kau akan menjadi petani. kau boleh je persue ke bidang-bidang lain.

by the way, teruk sangat ke jadi petani? aku rasa okay je.

setiap pelajar yang pernah menjadi (sedang atau bakal menjadi!) pelajar asasi UPM, mesti ada kenangan dia yang tersendiri. kalau takde tu, memang nampak la pembohongnya! untuk batch 7, kita pun telah buat banyak aktiviti bersama-sama seperti



Kunjungan Kasih Mesra.


Apple Day.


Family Day ASPer.


MUET.


Asper Gala Dinner 

dan semestinya banyak lagi. and poster-poster di atas ini telah dibuat sendiri oleh unit Exco Publisiti iaitu Naqi. aku rasa semua poster yang Naqi buat sangat lawa dan flawless. terima kasih jugak buat Najiy dan juga Haiza sebab menjadi ketua Exco Publisiti yang baik. again, last one, thanks to Nisa (photographer) yang gigih mengambil gambar sana sini untuk setiap event yang berlangsung. aku mintak maaf kalau ada entry yang agak kurang. aku pun bukanlah penulis yang baik. 

last.


Hicom. a really special thanks to you guys. 

diharap pelajar-pelajar ASPER Batch 7 mendapat keputusan sem 3 dengan cemerlang dan dapat menyambungkan pelajaran dalam bidang yang korang semua mohon. till then. 

entry selepas ini, akan dikendalikan oleh All Gen batch 8. 

selamat tinggal asasi!!!!!!!!!!!!!!!!! assalamualaikum wbt dan tamat. :)

Wednesday, May 30, 2012

Malam Gala ASPer.


assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.

Malam Gala ASPer memang sudah lama berlalu. and sorry bebanyak sebab lambat update Malam Gala ASPer.  ye la, memasing pun busy nak final exam masa tu, dengan hal nak dapat 4 flat, nak berstudy grup bagai, jumpa lecturer sana , jumpa lecturer sini dan sebagainya. jadi ini je la masanya hendak berupdate belog ASPer ini.

sorry again from Ex Exco Publisity of Batch 7 because of this late entry. disebabkan aku rasa semua orang malas nak layan ayat panjang menjela, jadi, jom layan gambar je la.




ini banner yang ditempah khas untuk Malam Gala ASPer. dengan tema Moonlight and Roses, warna pilihan pada malam itu ialah merah, hitam dan juga putih. bertempatkan di Dewan D2 Maeps, acara ini mula berlangsung pada jam 8 malam dan berakhir kira-kira pada jam 11 malam.





entrance untuk ke dewan makan. masing-masing sibuk megambil gambar untuk membuat kenangan sebelum berakhirnya musim pembelajaran untuk zaman asasi.



gift exchange!

 setiap orang pelajar ASPer diwajibkan (eh?) untuk membawa hadiah untuk membuat sesi pertukaran hadiah. harga itu tidak penting, yang penting ialah keikhlasan dalam memberi sesuatu hadiah itu.

murah ke mahal ke sesuatu hadiah itu, yang pasti ianya akan membawa 1001 kenangan untuk setiap ASPerians sama ada kenangan manis atau kenangan pahit. (bergantung kepada hadiah apa yang korang dapat!)



majlis kita juga disertai oleh beberapa orang pelajar fast track walaupun ketika itu mereka sedang dalam minggu peperiksaan.


barisan tetamu jemputan yang hadir. terdiri daripada para pensyarah dari Pusat Asasi Sains Pertanian, staf-staf sokongan dan juga felo dari Kolej 13.




persembahan pembukaan dari team dance.



mereka-mereka yang menceriakan suasana Dewan D2 Maeps.




ucapan daripada Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian, Prof. Dr. Mahiran Basri.



persembahan solo daripada Hasif Mansor yang juga merupakan ahli nasyid UPM, Nahwan Nur



Haidhar Ibrahim, salah seorang penerima anugerah Celebrity of ASPer 2011/2012. Haidhar mendapat anugerah kategori stylo mylo.

lebih lanjut tentang Celebrity of ASPer, boleh right click link di bawah ini.

@Celebrity of ASPer 2011/2012



Dr. Zaizi. penerima anugerah pensyarah terbaik Kimia pilihan pelajar. juga terdapat beberapa kategori lain. tetapi, kebanyakan pensyarah tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu.



Fazrin Asyman, mendapat gelaran King of The Night. selain itu, Fazrin Asyman juga merupakan penerima anugerah Celebrity of ASPer 2011/2012 kategori K-pop Fanatic.



manakala Aretha Dana pula mendapat gelaran Queen of The Night. Aretha juga merupakan pemenang kategori Smiling Queen untuk Celebrity of ASPer 2011/2012. tahniah untuk mereka berdua!!!!

dan seterusnya, gambar-gambar pelajar Asasi Sains Pertanian batch 7 untuk sesi 2011/2012 daripada setiap kuliah. 




Kuliah 1



Kuliah 2.



Kuliah 3.



Kuliah 4



Kuliah 5.



Kuliah 6.



Kuliah 7.



Kuliah 8.

setiap kuliah ada cerita yang tersendiri. cerita sedih, cerita pahit, cerita manis, gelak tawa. semuanya berkongsi dengan rakan kuliah ( kebanyakannya begitu).

semoga semua orang masih menyimpan kenangan sebagai pelajar ASPer. tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat pecahkan barang lab. 




ini pula merupakan sebahagian AJK-AJK Pelaksana yang gigih menjayakan Malam Gala ASPer. mereka yang bertungkus lumus memikirkan idea, tidak tidur malam, risau dan sebagainya. tahniah buat mereka kerana berjaya menjayakan majlis dengan penuh hebat!

sekian. 

akhir kata, Lets The Memories Remain.

till we meet again. 

assalamualaikum dan selamat sejahtera.




Friday, April 6, 2012

ASPER GALA DINNER 2012

Najiy: Eh Haiza, kamu pergi dinner tak?

Haiza: hah? Dinner yang mana ni? *BLUR*

Najiy: Alaaaaa. Dinner Asper yang 15 April tu. haaaa, tak kan kamu tak tau? pura-pura lupa? Setahu aku mereka ada buat video, kamu dah tengok belum?

Haiza: A'ah, aku dah lupa laa, Almaklumla, baru lepas test dua kan. hehehe. macam menarik jak aku dengar, ada ke video tu? nak tengok nak tengok!!

Najiy: Nak tengok? nah, tengok video bawah ni.





Assalamualaikum dan Salam Satu Asper!
Program terakhir daripada kami Warga Hicom.
ASPer Gala Dinner 2012


Poster hasil daripada Naqi :)
tepukan gemuruh bagi Naqi.

Alumni dijemput hadir,
bayaran bagi Alumi ASPer adalah RM55.
sebarang maklumat, sila hubungi Ahmad Said Nursi (Presiden ASPer Batch 7)

Kami ada dinner, kamu bila lagi?
Kita jumpa di sana, InsyaAllah :)


Sekian.

News! For Everyone --- Exco Publisiti

Monday, April 2, 2012