Photobucket

Saturday, December 31, 2011

fast track of UPM



assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia diucapkan. 

pada 30 Disember 2011, bertempat di Banquet Hall, Universiti Putra Malaysia, telah diadakan hari pendaftaran untuk Asasi Sains Pertanian -laluan pantas- , atau lebih dikenali dengan nama Fast Track of UPM. sebelum sampai ke Banquet Hall, ibu bapa serta pelajar akan dikumpulkan di Kolej 2, Kolej Canselor dan Kolej Tun Dr.Ismail sebelum di bawa ke sana dengan menaiki bas UPM. 

seperti yang dimaklumkan oleh salah seorang fasilitator di sana, beliau sendiri merupakan bekas pelajar Asasi batch 6 dan juga duta UPM, bilangan pelajar yang mendaftar sehingga 31 Disember 2011 adalah seramai 128 orang dan dijangka angka itu akan meningkat. 

mereka akan menginap di 3 buah kolej yang berbeza iaitu Kolej 2, Kolej Canselor dan Kolej Tun Dr. Ismail dan ianya merupakan pengalaman baru untuk mereka kerana mereka tinggal di kolej yang berasingan dan tidak sama seperti yang dialami oleh pelajar-pelajar Asasi Sains Pertanian -laluan biasa- yang dikumpulkan di bawah satu bumbung iaitu Kolej 13.

mereka akan memulakan kuliah mereka pada 4 January 2012 dimana mereka akan menamatkan pengajian mereka pada Ogos 2012 iaitu pada tahun yang sama juga. selepas itu, mereka akan meneruskan pengajian di peringkat ijazah pada bulan september 2012.

dan ini merupakan jadual pengajian mereka sepanjang tahun 2012.

semester 1

struktur dan fungsi sistem biologi
sel dan pengelasan organisma
kimia fizik
kimia tak organik
aljabar
pengenalan kepada mekanik
pengenalan kepada teknologi maklumat
pengenalan industri pertanian

semester 2

pertanian dan industri makanan
keusahawanan dan pemasaran pertanian
biologi perkembangan dan dan genetik
kimia organik
kalkulus
statistik
fizik terma gelombang dan optik
keelektritan dan kemagnetan.




keseluruhannya, pelajar-pelajar Asasi Pintas ini mempunyai 4 Kuliah untuk Batch yang pertama. jom tengok suasana pendaftaran dahulu!






oh! pakcik ni sudah mula keliru!


fasilitator yang gigih menjalankan kerja! Fariezza Khairi Thaw, bekas pelajar Asasi Sains Pertanian batch 5 dan Ahmad Fahmi Yusoff @ Ebieyt , bekas pelajar Asasi Batch 6


susun letak meja-meja pendaftaran. tetiba je teringat waktu mendaftar!


seorang warga Asasi yang sentiasa ceria.






hanya boleh saya katakan, selamat maju jaya untuk pelajar-pelajar Asasi Sains Pertanian -laluan pantas- . do the best and God will do the rest. sekian dari kami, Biro Publisiti of HiCom. 

assalamualaikum.

Sunday, December 18, 2011

Kunjungan Kasih Mesra

7 Disember 2011, Persatuan Asasi Sains Pertanian (ASPer) telah mengadakan satu kunjungan ke rumah orang tua di Cheras (Rumah Seri Kenangan, Cheras). Seramai 55 orang pelajar asasi telah terlibat dalam kunjungan ini. Gambar2 di bawah menceritakan apa yang berlaku di sana.


sebelum keberangkatan pergi, sarapan dahulu...



bekerjasama menurunkan peralatan dari bus 


Peralatan untuk aktiviti pada hari tersebut


Sebahagian daripada bangunan Rumah Sri Kenangan


Kumpulan 2 (mana ketua plot??)


kumpulan 3 


kumpulan 4 






pak cik ini pula yang menghiburkan kami dengan nyanyian lagu-lagu lama...

Chinese-muslim, Haji dari kelantan. 




Bola bola golf diwarnakan sebagai hiasan


susunan dilakukan sebelum penanaman

plot 6

plot 4

plot 5





Kumpulan yang sedang bertungkus lumus di Outside Area



Hasil hasil cucuk tanam kami. (pokok bunga dan juga pokok herba)





Selepas siap bercucuk tanam, its time to beramah mesra :)

 


Izzat dari Kuliah 7, sedang berkaraoke menghiburkan warga tua Sri Kenangan :)



Mak cik yang digelar "Azura" sempena lagu yang Izzat tujukan kepada beliau. 









Nenek yang berumur 82tahun. masih kelihatan muda :D








Diharapkan program seperti ini dapat dijalankan dengan lebih kerap..dan diharapkan juga pokok2 yang ditanam dijaga dengan baik dan hidup subur agar dapat menyinari plot2 yang telah diceriakan dengan pokok2 yang berunsurkan edible garden. Sebelum pulang, kami memberikan sedikit cenderahati kepada pegawai RSK Cheras. Thanks to Exco Kebajikan HI_COM ASPer kerana telah bertungkus lumus dalam menyiapkan perancangan untuk program ini. Thanks to all those who participated in this programme too. 

Tuesday, December 6, 2011

Celebrities Of ASPer



Assalamualaikum semua.
Bagaimana dengan mood anda hari ini? Gembira ke sedih? 
Harap semua  happy happy  selalu.

Seperti apa yang kamu nampak tajuk untuk post hari ini adalah “Celebrities Of Asper”
 Asasi batch 7 mesti sudah tahu apa yang dimaksudkan dengan “Celebrities Of Asper”. 
Tapi rasanya Batch-batch asasi yang lepas mesti tak paham apa yang sebenarnya berlaku kebelakangan ini.

Sebenarnya begini, Exco Perpaduan telah menganjurkan Program “Celebrities Of Asper” bertujuan untuk mengenali semua warga Asper dengan lebih mendalam.  Terlebih dahulu, setiap kuliah mencalonkan orang orang tertentu untuk setiap kategori. Setelah calon calon dipilih, undian dibuka selama seminggu kepada semua ASPerians bagi mengundi mana mana pilihan mereka  untuk digelar Celebrities.

Ini la pemenang bagi kategori masing masing 
















Sebaik sahaja tamat tempoh mengundi. Exco perpaduan Jia Ling telah menyediakan bahan untuk mengkemaskini notis board di Pusat Asasi.



"celebrities of Asper" terletak di notis board yang dapat menarik semua perhatian ASPerians, Staff dan juga Lecturer.




Anda kenal Celebrities-celebrities tersebut? :)