Photobucket

Saturday, December 31, 2011

fast track of UPM



assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia diucapkan. 

pada 30 Disember 2011, bertempat di Banquet Hall, Universiti Putra Malaysia, telah diadakan hari pendaftaran untuk Asasi Sains Pertanian -laluan pantas- , atau lebih dikenali dengan nama Fast Track of UPM. sebelum sampai ke Banquet Hall, ibu bapa serta pelajar akan dikumpulkan di Kolej 2, Kolej Canselor dan Kolej Tun Dr.Ismail sebelum di bawa ke sana dengan menaiki bas UPM. 

seperti yang dimaklumkan oleh salah seorang fasilitator di sana, beliau sendiri merupakan bekas pelajar Asasi batch 6 dan juga duta UPM, bilangan pelajar yang mendaftar sehingga 31 Disember 2011 adalah seramai 128 orang dan dijangka angka itu akan meningkat. 

mereka akan menginap di 3 buah kolej yang berbeza iaitu Kolej 2, Kolej Canselor dan Kolej Tun Dr. Ismail dan ianya merupakan pengalaman baru untuk mereka kerana mereka tinggal di kolej yang berasingan dan tidak sama seperti yang dialami oleh pelajar-pelajar Asasi Sains Pertanian -laluan biasa- yang dikumpulkan di bawah satu bumbung iaitu Kolej 13.

mereka akan memulakan kuliah mereka pada 4 January 2012 dimana mereka akan menamatkan pengajian mereka pada Ogos 2012 iaitu pada tahun yang sama juga. selepas itu, mereka akan meneruskan pengajian di peringkat ijazah pada bulan september 2012.

dan ini merupakan jadual pengajian mereka sepanjang tahun 2012.

semester 1

struktur dan fungsi sistem biologi
sel dan pengelasan organisma
kimia fizik
kimia tak organik
aljabar
pengenalan kepada mekanik
pengenalan kepada teknologi maklumat
pengenalan industri pertanian

semester 2

pertanian dan industri makanan
keusahawanan dan pemasaran pertanian
biologi perkembangan dan dan genetik
kimia organik
kalkulus
statistik
fizik terma gelombang dan optik
keelektritan dan kemagnetan.




keseluruhannya, pelajar-pelajar Asasi Pintas ini mempunyai 4 Kuliah untuk Batch yang pertama. jom tengok suasana pendaftaran dahulu!






oh! pakcik ni sudah mula keliru!


fasilitator yang gigih menjalankan kerja! Fariezza Khairi Thaw, bekas pelajar Asasi Sains Pertanian batch 5 dan Ahmad Fahmi Yusoff @ Ebieyt , bekas pelajar Asasi Batch 6


susun letak meja-meja pendaftaran. tetiba je teringat waktu mendaftar!


seorang warga Asasi yang sentiasa ceria.






hanya boleh saya katakan, selamat maju jaya untuk pelajar-pelajar Asasi Sains Pertanian -laluan pantas- . do the best and God will do the rest. sekian dari kami, Biro Publisiti of HiCom. 

assalamualaikum.

2 comments:

Anonymous said...

what about fast tract 2013..bila bole tahu???

Has Rameli said...

Biasanya surat tawaran fast track akan dihantar bila?