Saturday, February 11, 2012

Semester 3 Test 1



Merujuk gambar di atas. semua mesti sudah tahu test one is just around the corner!! 
Tambahan result semester 2 baru sahaja keluar di E-smp. 
kepada sesiapa yang mendapat result gempak, tahniah diucapkan dari pada Hicom.
Kepada sesiapa yang kurang puas hati dengan result semester 2, jangan putus asa, jangan bersedih. teruskan lagi usaha untuk semester 3 ini. yang penting score test 1 and juga test 2. 
Dengan usaha yang diberikan, Insya-Allah bukan susah nak dapat pointer yang baik untuk semester 3 nie. :)

Dengan Ini, Hicom mengucapkan selamat menduduki test one bagi semua ASPerians Semester 3.
Goodluck and All the best! :) 
Assalamualaikum.


p.s: seperti biasa, lokasi menjawab exam akan diberitahu kemudian. harap maklum.

Wednesday, February 1, 2012

Family day Asper 2012

Bagi mengeratkan lagi silaturahim antara ASPerians, Persatuan Asasi Sains Pertanian, UPM telah menganjurkan Family Day Asper. Program ini melibatkan semua ASPerians dan juga staf-staf Asper. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Family Day adalah seperti Sukaneka seperti Bola Jaring ( dimainkan oleh pelajar lelaki !! ) dan juga Futsal ( dimainkan oleh pelajar perempuan !! )  dan juga BBQ. Untuk makluman anda, Asper batch 7 dibahagikan kepada 8 kuliah. cabut undi secara rambang dilakukan untuk menentukan pembahagian kumpulan sepanjang Program Family Day ini supaya ASPerians dapat mengenal antara satu sama lain dengan lebih erat.

Keputusan cabut undi tersebut telah membahagikan 8 kuliah kepada 4 kumpulan.
 dengan gabungan 

kumpulan 1 : kuliah 1 dengan kuliah 7
kumpulan 2 : kuliah 2 dengan kuliah 8
kumpulan 3 : kuliah 3 dengan kuliah 6
kumpulan  4 : kuliah 4 dengan kuliah 5

jom layan gambar!!!  



banner yang telah dilukis dan diwarnakan dengan gigih!




bak kata pengerusi majlis, SaraNia, abang-abang macho telah bersedia untuk mengetuai senamrobik. 



game baling belon air. 

game tepung getah straw. game yang sangat kelakar dan banyak penipuan dapat dikesan. heh





Dr Zaizi juga sertai senamrobik!!




ahli-ahli hicom yang semangat!!


kanan : presiden Hicom. Ahmad Said Nursi.







game isi air dalam botol. sangat mencabar~~


game lari ulat bulu. 


tarik tali!!!





futsal yang dimainkan oleh pelajar perempuan!!


bola jaring yang dimainkan oleh pelajar-pelajar lelaki.


kata-kata psiko. yang pasti tentunya untuk melemahkan pihak lawan.



BBQ





makan malam family day ASPER yang telah berlangsung dengan jayanya walaupun terdapat pelbagai halangan. dengan tak cukup tidurnya lagi! apa-apa pun, kenangan yang sangat seronok. susun atur dewan sangat menarik. memang tak jangka langsung. memang cool.





persembahan yang sangat outstanding oleh Ikmal Radzi. Count On Me - acoustic version- ada yang rakam masa dia buat persembahan, tapi tak tahu la pulak siapa yang pegang video tu.





Presiden Hicom yang dikelilingi oleh gadis yang ayu jelita! heh. lupa pulak nak bagi tahu, tema pada malam itu ialah pakaian tradisional. jadi jangan terkejut la kalau tetiba je nampak orang pakai pakai kain pelikat dengan t shirt je masa pergi makan malam tu.





ajk yang terlibat serta ahli-ahli Hicom yang selalu membuat perjumpaan untuk program ini.. Unit Protokol diketuai oleh Siti Aishah iaitu Timbalan Presiden Hicom. manakala Unit BBQ diketuai oleh Ahmad Said Nursi.

walaupun penat, tapi memang berbaloi. penat dengan penuh gelak ketawa. dengan aktiviti seperti itu, memang jelas, nyata dan terang, hubungan antara pelajar Asasi semakin erat. walaupun hujan pada sebelah petang, namun aktiviti BBQ tetap berjalan tanpa ada usaha mengalah. dan Unit Protokol tetap terus berlatih walaupun terdapat gangguan serta teks ucapan yang belum di edit. tak lupa juga kepada yang tolong membuat banner dan poster! poster memang mendapat pujian ramai.

tahniah juga kepada Persatuan Asasi Sains Pertanian, UPM kerana berjaya laksanakan program ini dengan hebat dan jayanya! apa-apa pun, semoga berakhirnya aktiviti ini, hubungan yang terjalin semasa program berlangsung tidak akan terputus malah menjadi semakin erat.

lepas ini pulak, akan tumpukan kepada Majlis Apresiasi ASPer. semoga ianya berjalan dengan lancar. amin~ till we meet again.

Assalamualaikum & selamat sejahtera.

dari
Exco Publisiti