Photobucket

Wednesday, November 30, 2011

Ingatkah anda?

Sekadar mengubat rindu di hati. hehehe.
Enjoy.

















A smile detected on your face right after you done reading this post :)
Am i right? 

Monday, November 21, 2011

Muet (lanjutan) : Listening, Writing, Reading

Untuk kali kedua, Asper dengan segala hormat menjemput Puan Sapura untuk memberi taklimat tentang cara menjawab Listening, Reading, dan juga Writing.

















Terima kasih diucapkan kepada Puan Sapura dan Asperians yang menghadirkan diri dalam Seminar ini.
Kehadiran anda semua telah menjayakan Seminar Muet yang dianjurkan oleh Exco Akademik.

TEPUKAN GEMURUH KEPADA:
Puan Sapura yang sudi memberi tunjuk ajar kepada kami.
 Emcee yang berani mencuba bertutur dalam B.I di hadapan khalayak ramai.
 Exco Akademik Atikah dan Wi Tet dalam menganjurkan seminar muet.
 Said dan Aishah yang memimpin kami dalam menjayakan seminar ini.
semua Asperians yang sudi menghadirkan diri.

kami hendak mengambil kesempatan untuk minta maaf atas semua kesilapan yang ada sepanjang seminar dijalankan.

Seminar start lambat. 
Module mahal. 
Makanan yang tidak sesuai dengan harga. 
informasi salah.

Kami memohon maaf dan kami akan cuba untuk mengelakkan daripada melakukan kesalahan selepas ini. kami hanya manusia biasa dan bukannya ma'sum seperti Rasullulah SAW.
Kami akan belajar dari kesilapan. Insyaallah, program yang akan datang akan dijalankan dengan lebih lancar dan berakhir dengan senyuman.
May Allah bless with great light and light future. Amin. Be the bless of Allah always. :))


We Cant Be Perfect
But We Will Try The BEST!!!


Friday, November 11, 2011

~ MUET test : listening , reading, writing.

assalamualaikum.


esok, iaitu

:: sabtu
:: 12 November 2011
::8 pagi - 1 petang
:: yuran -> RM 5
:: Dewan Kolegiat Putra 1


kehadapan pelajar ASPer 2011/2012.

anda semua dijemput hadir Dewan Kolegiat Putra 1 untuk menghadiri bengkel MUET yang akan dikendalikan oleh pihak-pihak profesional. 

antara kebaikan menyertai bengkel MUET.

:: mendapat tips untuk menghadapi MUET  dengan cara yang betul.
::meningkatkan tahap keyakinan untuk menjawab MUET.
:: dapat mengetahui format soalan MUET dengan lebih terperinci.

bak kata salah seorang pensyarah ASPer,

"lain kali nak buat assignment, pastikan grammar itu betul."

jadi, mari beramai-ramai menyertai bengkel MUET untuk meningkatkan grammar kita. mungkin ada sesetengah daripada kita yang sangat smooth bila menulis karangan atau sangat hebat dalam bab' mendengar', tapi itu tidak menjamin jikalau tidak mengetahui format-format MUET yang diperlukan.

tiada apa yang ruginya apabila menuntut ilmu. ada yang tidak berpuas hati apabila yuran yang dikenakan terlalu mahal iaitu RM5. bagi aku, memang kita terpaksa berkorban jika hendak mendapatkan sesuatu. jadi apa kata, esok,  kita beramai-ramai korbankan waktu tidur dan waktu bersenang lenang di pagi sabtu, turun ke Dewan Kolegiat Putra 1 untuk mendapatkan ilmu yang sukar didapati ini.

MUET pun sekali seumur hidup je kita ambil melainkan kalau anda-anda sekalian ingin mengambil semula test MUET itu. sesiapa yang ingin membaca tentang bengkel MUET : SPEAKING yang telah dijalankan beberapa minggu yang lalu, boleh klik link dibawah ini.

@MUET : SPEAKING

majulah MUET untuk ASPerians. semoga mendapat band yang bagus untuk ditunjukkan kepada ibu bapa. all the best to ASPerians dalam apa-apa jua aktiviti selepas ini. do your best and Allah will do the rest. itu janji Allah. selamat berjaya. till to the next info and news. assalamualaikum.




Wednesday, November 9, 2011

Imbas kembali : Planet Gathering Mei 2011.

assalamualaikum. 

SIAPA TAHU dan INGAT TENTANG PLANET GATHERING!!

P/S
ini bukan berita akan datang atau apa-apa je. ni kenangan pada masa lalu. ini kenangan minggu orientasi untuk pelajar Asasi Sains Pertanian 2011/2012. kenangan yang bagi aku sangat sukar untuk dilupakan.ianyanya dipanggil Planet Gathering apabila 8 buah blok kolej 13 bertanding untuk satu kemenangan dan satu ikatan yang tidak akan terlerai iaitu silaturrahim. pelajar yang terlibat membuat persembahan hanya pelajar Asasi semester 1 sahaja. 

mari imbas kembali Planet Gathering 2011!!!!



persembahan dari Blok D. pembawaan sajak ( ke puisi? ) 

lagu API dinyanyikan secara beramai-ramai!



persembahan dari Blok H. dan sedikit tarian di situ.secara jujurnya kebanyakan budak-budak lelaki tetiba je menjadi teruja!! 


persembahan dari Blok F yang sangat gempak!



persembahan dari blok A. persembahan yang sangat menarik! kisah satu malam di bilik tV ! 



okay, mungkin kualiti video ini tak berapa menarik. ni je yang jumpa dekat Youtube. jadi jangan nak kecewa sangat.



oh! masa ni la Said Ketua Hicom 2011/2012 ada berlakon sekali. tak sangka Said ada bakat berlakon! apa-apa pun, johan adalah blok A !!



kata Haiza Kah, blok F ada menang juga. jadi haruslah ada video kemenangan blok F. dan juga blok C untuk tempat ketiga.



untuk video blok C, sangat tak jelas, tapi, yang ni jumpa dekat Youtube. 

sepanjang minggu orientasi, dengan kekangan masa, memang susah nak kenal seluruh batch dalam masa yang singkat. salah satu yang mudah adalah dengan mengadakan pertandingan seperti ini. melalui Planet Gathering ini, secara jujurnya, memang menambah kenalan even dari blok sendiri. 

kadang-kadang ada sesetengah pelajar baru yang agak pasif dan malu-malu. tetapi melalui Planet Gathering ni, semua pelajar mula mesra antara satu sama lain. memang dapat pelbagai dan banyak kebaikan apabila melakukan dan melaksanakan aktiviti seperti ini. (kenapa rasa macam buat karangan BM untuk SPM je? )

melalui aktiviti seperti ini juga, kita akan mengenali pelajar-pelajar dari blok lain dan mencungkil bakat yang terpendam. (walaupun sesetengahnya memang dah tak terpendam dan memang semula jadi berbakat! ) siapa kata ASPerians tidak berbakat? 

ASPerians is the best!! untuk anda-anda semua, kenangan ini memang sukar untuk dilupakan. keep it as a good memoir and never forget it. 

siapa yang masih ingat PLANET GATHERING ni?? ianya akan menjadi kenangan manis buat sesetengah orang! 

all the best to ASPerians dalam apa-apa jua aktiviti selepas ini.. do your best and Allah will do the rest. itu janji Allah. selamat berjaya. till to the next info and news. Assalamualaikum.