Photobucket

Wednesday, May 30, 2012

Malam Gala ASPer.


assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.

Malam Gala ASPer memang sudah lama berlalu. and sorry bebanyak sebab lambat update Malam Gala ASPer.  ye la, memasing pun busy nak final exam masa tu, dengan hal nak dapat 4 flat, nak berstudy grup bagai, jumpa lecturer sana , jumpa lecturer sini dan sebagainya. jadi ini je la masanya hendak berupdate belog ASPer ini.

sorry again from Ex Exco Publisity of Batch 7 because of this late entry. disebabkan aku rasa semua orang malas nak layan ayat panjang menjela, jadi, jom layan gambar je la.




ini banner yang ditempah khas untuk Malam Gala ASPer. dengan tema Moonlight and Roses, warna pilihan pada malam itu ialah merah, hitam dan juga putih. bertempatkan di Dewan D2 Maeps, acara ini mula berlangsung pada jam 8 malam dan berakhir kira-kira pada jam 11 malam.





entrance untuk ke dewan makan. masing-masing sibuk megambil gambar untuk membuat kenangan sebelum berakhirnya musim pembelajaran untuk zaman asasi.



gift exchange!

 setiap orang pelajar ASPer diwajibkan (eh?) untuk membawa hadiah untuk membuat sesi pertukaran hadiah. harga itu tidak penting, yang penting ialah keikhlasan dalam memberi sesuatu hadiah itu.

murah ke mahal ke sesuatu hadiah itu, yang pasti ianya akan membawa 1001 kenangan untuk setiap ASPerians sama ada kenangan manis atau kenangan pahit. (bergantung kepada hadiah apa yang korang dapat!)



majlis kita juga disertai oleh beberapa orang pelajar fast track walaupun ketika itu mereka sedang dalam minggu peperiksaan.


barisan tetamu jemputan yang hadir. terdiri daripada para pensyarah dari Pusat Asasi Sains Pertanian, staf-staf sokongan dan juga felo dari Kolej 13.




persembahan pembukaan dari team dance.



mereka-mereka yang menceriakan suasana Dewan D2 Maeps.




ucapan daripada Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian, Prof. Dr. Mahiran Basri.



persembahan solo daripada Hasif Mansor yang juga merupakan ahli nasyid UPM, Nahwan Nur



Haidhar Ibrahim, salah seorang penerima anugerah Celebrity of ASPer 2011/2012. Haidhar mendapat anugerah kategori stylo mylo.

lebih lanjut tentang Celebrity of ASPer, boleh right click link di bawah ini.

@Celebrity of ASPer 2011/2012



Dr. Zaizi. penerima anugerah pensyarah terbaik Kimia pilihan pelajar. juga terdapat beberapa kategori lain. tetapi, kebanyakan pensyarah tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu.



Fazrin Asyman, mendapat gelaran King of The Night. selain itu, Fazrin Asyman juga merupakan penerima anugerah Celebrity of ASPer 2011/2012 kategori K-pop Fanatic.



manakala Aretha Dana pula mendapat gelaran Queen of The Night. Aretha juga merupakan pemenang kategori Smiling Queen untuk Celebrity of ASPer 2011/2012. tahniah untuk mereka berdua!!!!

dan seterusnya, gambar-gambar pelajar Asasi Sains Pertanian batch 7 untuk sesi 2011/2012 daripada setiap kuliah. 




Kuliah 1



Kuliah 2.



Kuliah 3.



Kuliah 4



Kuliah 5.



Kuliah 6.



Kuliah 7.



Kuliah 8.

setiap kuliah ada cerita yang tersendiri. cerita sedih, cerita pahit, cerita manis, gelak tawa. semuanya berkongsi dengan rakan kuliah ( kebanyakannya begitu).

semoga semua orang masih menyimpan kenangan sebagai pelajar ASPer. tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat pecahkan barang lab. 




ini pula merupakan sebahagian AJK-AJK Pelaksana yang gigih menjayakan Malam Gala ASPer. mereka yang bertungkus lumus memikirkan idea, tidak tidur malam, risau dan sebagainya. tahniah buat mereka kerana berjaya menjayakan majlis dengan penuh hebat!

sekian. 

akhir kata, Lets The Memories Remain.

till we meet again. 

assalamualaikum dan selamat sejahtera.




4 comments:

Anonymous said...

nice,,,,

Anonymous said...

aku suka ayat last tuh.. inikan pula tempat pecah barang lab!! hahahaha

Anonymous said...

style :)

Anonymous said...

Good job!