Sunday, February 3, 2013

Majlis Solat Hajat Perdana


Majlis solat hajat ini diadakan di Dewan Putra 1 Kolej ke-13. Majlis ini diadakan sebelum kami menduduki peperiksaan akhir bagi semester 2 Asasi sains pertanian. Majlis dimulakan dengan bacaan surah  yaasiin diikuti dengan solat maghrib secara berjamaah.. Majlis diteruskan lagi dengan solat hajat disusuli dengan solat isyak secara berjamaah. Ucapan yang disampaikan oleh beberapa orang wakil pelajar ASPER meskipun ringkas, namun padat dengat nasihat dan panduan bagi kami dalam berusaha untuk mencapai kejayaan. Serba sedikit nasihat yang disampaikan pasti menjadi pedoman kami semua. Diharapkan semua pelajar memperoleh kejayaan. In Shaa Allah.

No comments: