Photobucket

Wednesday, February 17, 2010

TRIVIA BY ichi.......


1)      Batalion yang ditugaskan dalam perang Battle of Marne semasa Perang Dunia 1 sampai ke medan perang bukan menaiki pesawat ataupun kenderaan tentera. Sebaliknya menggunakan teksi sebagai pengangkutan utama.

2)      Suhu Planet Marikh pada waktu siang boleh mencecah sehingga 80⁰F, tetapi boleh menjunam sehingga -190⁰F pada waktu malam

3)      Sebanyak 11 100 watt tenaga elektrik diperlukan untuk membuatkan pembakar roti bersaiz sederhana berfungsi.

4)      Razor Burn adalah masalah keradangan pada kulit lelaki disebabkan teknik cukuran yang berlawanan dengan arus liang roma.

5)      Sebuah kereta mampu menghasilkan gas karbon dioksida sebanyak empat kali ganda dari beratnya setiap tahun. Manakala secara puratanya, sebuah rumah menghasilkan 50 tan karbon dioksida setiap tahun.

6)      Ais kering diperbuat daripada karbon dioksoda yang membeku. Dibawah tekanan suhu normal atmosfera, ais kering ini tidak akan cair. Namun pada suhu peralihan -78⁰F, ais kering ini sudah cukup sejuk untuk menyebabkan ‘frost-bite’ pada kulit manusia.

7)      ‘karaoke’ merupakan perkataan yang dipetik daripada bahasa Jepun. ‘kara’ membawa maksud kosong, manakala ‘oke’ pula merupakan perkataan yang disingkatkan dari ‘okesutora’ yang bermaksud okestra. Ini bermaksud karaoke bermakna okestra yang kosong.

8)      Permainan roller coaster paling popular di dunia ialah Bizarro yang terletak di Six Flags England, Massachusetts, USA dengan ketinggian 208 kaki, ukuran panjang 5400 kaki dan kelajuan maksimum sehingga93 mph.

9)      Seseorang wanita begitu mudah mengemudi sesuatu perjalanan mengikut visual yang tercetus dari daya ingatannya dan juga berpandukan tanda tempat (landmark). Manakala lelaki mudah mengikut tanda arah dan jarak serta mahir dalam membaca peta.

10)  Arrhythmias akan berlaku apabila jantung berdegup melebihi atau kurang daripada normal iaitu kira-kira 60 ke 100 kali seminit. Keadaan ini akan mengakibatkan seseorang itu diserang kematian jantung secara mengejut akibat kerosakan otot jantung akibat aktiviti jantung yang tidak terkawal.

No comments: