Photobucket

Saturday, February 9, 2013

MINGGU SEMARAK BUDAYA.

Assalamualaikum dan salam ASPer :)

Pantun
                Mari Berpantun!, itulah aktiviti pertama yang diadakan pada minggu semarak budaya ini.Setiap kuliah telah menghantar pasukan pantun termantap mereka yang terdiri daripada 3 orang untuk mengikuti sayembara ini. Siri  saringan  hingga ke separuh akhir telah diadakan setiap malam di Kolej Ketiga Belas. Bagi kuliah 9 dan kuliah 10 yang layak ke pusingan akhir, pertandingan ini telah diadakan di Dewan Putra 1 Kolej Ketiga Belas pada hari Ahad. 

juara pantun, Kuliah 10


abang-abang pemantun kuliah 9 hehe

Kuliah 9 dan Kuliah 10


 Explorace
 Pagi ini 14 pasukan telah mengikuti aktiviti explorace di UPM. Kesemua checkpoint berada di sekitar kawasan UPM yang luas ini. Memang penat tapi seronok! Sepertimana aktiviti explorace yang lain, kesemua pasukan dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan pada setiap checkpoint. Pasukan yang Berjaya menyiapkan kesemua tugasan dalam masa terpantas dengan pungutan mata tertinggi dinobatkan sebagai juara . meskipun kesemua pasukan berjaya melakukan yang terbaik, namun tuah berpihak kepada pasukan Kuliah 4 yang menjuarai explorace ini.

Dam Haji Manusia.

Dam haji je? Hahaha... ini bukan dam haji biasa, ini yang unik. Buah haji yang digunakan ialah manusia. Pelajar asper yang mengambil bahagian akan duduk dalam gelanggang petak dam yang telah disediakan khas.peraturan masih sama macam dam haji yang biasa main tu. Seorang wakil pasukan ( yang kat atas kerusi tu) yang mengawal corak permainan kuliah mereka. Juara dam haji ialah pasukan kuliah 4.. congratulations....!
.




Pameran Warisan.

 Setiap kuliah telah menghiaskan booth mereka berdasarkan tema negeri yang diberi.
 tema adalah berdasarkan warisan 14 buah negeri yang ada di malaysia. pelbagai cara yang kreatif dan menarik telah diketengahkan bagi menarik minat para pengunjung untuk datang mengunjungi booth mereka. ada yang berpakaian tradisional , tidak kurang juga yang menyediakan kawasan unutk bermain permainan tradisional masyarakat di negeri tersebut.
.

.
antara material untuk pameran (kuala Lumpur)


Malam semarak budaya

                Malam ini telah berlangsungnya pertandingan nasyid antara kuliah. Kesemua  kuliah telah menampilkan persembahan terbaik. Tidak lupa juga gimik-gimik yang dilakukan oleh  kumpulan mereka di sepanjang pertandingan ini barlansung. Daripada gimik gitar hingga ke jenazah pun ada! Setelah diadili oleh para pengadil rasmi kita pada malam itu, kuliah 14 telah dinobatkan sebagai juara.  Kuliah 11 pula telah memenangi kategori persembahan terbaik. Kuliah satu menjuarai kategori booth terbaik yang bertemakan Kedah. Tahniah diucapkan.
                 Malam ini juga diadakan majlis penyampaian hadiah bagi setiap pertandingan yang diadakan sepanjang minggu semarak budaya ini yakni explorace, dam haji manusia , pantun dan booth. sila lihat post-post gambar ini, suasana sepanjang minggu semarak budaya.

juara nasyid , kuliah 14.



  siapa yang jadi jenazah tu?


Kuliah 5 berseragam putih

siapa sangka nasyid pun boleh rap :D

pemenang nasyid sekali lagi, kuliah 14



Antara gambar-gambar lain yang dapat dirakam sepanjang malam tersebut:


 

Jumpa lagi dalam post seterusnya. Assalamualaikum! :)

Sunday, February 3, 2013

Sukan Rakyat


Sukan menjalinkan perpaduan. Sukan rakyat ini merupakan satu aktiviti Exco Perpaduan ASPER yang di ketuai oleh Seshagiri. Biarpun bermula sedikit lewat dari perancangan, namun, aktiviti pada pagi ini berjalan dengan jayanya. Para pelajar asasi yang terdiri daripada lebih 600 orang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan perlu menyiapkan tugasan di setiap checkpoint. Kumpulan Rafflesia berjaya menjuarai sukan rakyat kali ini. Aktiviti seperti ini ternyata dapat mengeratkan hubungan antara para pelajar ASPER. 

duduk atas belon bertepung sampai pecah. 


Belut,, benda inilah antara cabaran di salah satu checkpoint


the climax of the day--> Tarik Tali....!  lihatlah wajah-wajah epik ini.

juara tarik tali,, tangan urat besi ni...

Rafflesia, juara sukan rakyat



Majlis Solat Hajat Perdana


Majlis solat hajat ini diadakan di Dewan Putra 1 Kolej ke-13. Majlis ini diadakan sebelum kami menduduki peperiksaan akhir bagi semester 2 Asasi sains pertanian. Majlis dimulakan dengan bacaan surah  yaasiin diikuti dengan solat maghrib secara berjamaah.. Majlis diteruskan lagi dengan solat hajat disusuli dengan solat isyak secara berjamaah. Ucapan yang disampaikan oleh beberapa orang wakil pelajar ASPER meskipun ringkas, namun padat dengat nasihat dan panduan bagi kami dalam berusaha untuk mencapai kejayaan. Serba sedikit nasihat yang disampaikan pasti menjadi pedoman kami semua. Diharapkan semua pelajar memperoleh kejayaan. In Shaa Allah.